LAGU Mimpi nyanyian penyanyi Haqiem Rusli terus membuktikan pengaruhnya apabila menerima Sijil Pengiktirafan Anugerah Emas daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Pengiktirafan itu diberikan selepas single tersebut mencatatkan pendapatan melebihi RM100,000 melalui penstriman digital.
Majlis penganugerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat RIM di Solaris Mont’ Kiara pada Rabu turut dihadiri wakil FMC Music selaku label yang menerbitkan lagu tersebut.

Haqiem bersama Rosmin Hashim.
Menurut RIM, jumlah pendapatan itu telah diaudit berdasarkan muat turun, strim audio dan strim video yang direkodkan di platform digital utama.
Pensijilan itu sekali gus menjadi bukti karya tempatan masih mendapat tempat kukuh dalam kalangan peminat muzik di Malaysia dan rantau ini.
Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata kejayaan itu mencerminkan kekuatan muzik tempatan dan sokongan peminat yang tidak pernah surut.
“RIM sentiasa gembira untuk mengiktiraf artis dan label muzik Malaysia yang berjaya mencapai kejayaan komersial yang membanggakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ubah Haqiem Rusli jadi lebih matang, impi timang cahaya mata tahun depan
ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun peram, Haqiem Rusli tampil bereksperimen... ‘NostalGila’ sebuah karya berat
"Pensijilan ini membuktikan penerimaan kukuh terhadap rakaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara.
"Tahniah kepada Haqiem Rusli dan FMC Music atas kreativiti serta dedikasi mereka,” katanya.
Sementara itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 27, menyifatkan anugerah itu sebagai satu penghormatan yang sangat bermakna.
“Mimpi sangat istimewa buat saya.

Mimipi merupakan lagu ciptaan Haqiem dan Datuk A. Aida.
"Terima kasih kepada FMC Music, pasukan saya dan semua pendengar yang sentiasa menyokong lagu ini,” katanya.
Diterbitkan oleh FMC Music, Mimpi merupakan hasil ciptaan bersama Haqiem dan penerbit drama, Datuk A. Aida.
Lagu itu dilancarkan di platform digital pada 15 Disember 2020, manakala muzik videonya dimuat naik ke YouTube pada 7 Januari 2021.
Sebagai bukti sambutan luar biasa, Mimpi terus mendaki carta trending YouTube sejurus dilancarkan, malah meraih hampir satu juta tontonan dalam hanya beberapa hari.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


