SELEPAS empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Haqiem Rusli memberitahu dia dan isteri iaitu Anis Sofea kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.
Menurut Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 27, dia dan isteri dalam perancangan untuk memiliki zuriat pertama dan berharap impian itu tercapai tahun depan.
Malah ketika ditanya mengenai persediaan bergelar bapa, penyanyi itu memberitahu dia sudah bersedia memikul tanggungjawab berkenaan dan banyak bertanya kepada yang berpengalaman.
“Insya-Allah tahun depan mungkin perancangan anak pula, tak kisah kalau anak lelaki atau perempuan janji ada rezeki saja.
“Saya dan isteri akan usaha untuk dapatkan rezeki zuriat untuk tahun depan tapi kalau belum ada rezeki juga tidak apa itu takdir Allah.
“Daripada segi persediaan memang saya ada banyak bertanya dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin, ramai cakap tanggungjawab berat tapi nikmat jadi bapa tu lain,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































