PENINGKATAN kes keganasan melibatkan pelajar sekolah membuatkan pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan lebih cakna serta peka terhadap persekitaran anak-anak.
Justeru itu, Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz, 41, berkata dia dan isteri iaitu Ozlynn sentiasa memantau aktiviti anak-anak terutamanya selepas berakhir sesi persekolahan.
“Bila cakap soal keganasan tu semua ibu-bapa pasti takut terutama generasi baru ini sebab semuanya bermula daripada dididkan di rumah.
“Anak-anak perlu didik daripada kecil sebab daripada umur itu akan membentuk pembesaran anak bila besar nanti terutama di sekolah.
“Saya memang pantau setiap pergerakan anak-anak, kalau telefon pula saya akan bagi masa tertentu buat mereka main, kalau keluar mana-mana pun sebelum maghrib mesti kena balik sebab kena solat sekali berjemaah,”katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, selain mengusahakan perniagaan restoran Itik Ke Ayam, kini Johan membuka kedai motorsikal EV iaitu GGR X Johan di Taman Melawati.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































