suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zikir dan selawat amalan Ara Johari sebelum naik pentas, elak diri daripada gangguan

BAGI mengelakkan perkara tidak diingini termasuk kejadian mistik yang dikatakan sering berlaku ketika persembahan atau pertandingan nyanyian, penyanyi Ara Johari mendedahkan dia hanya mengamalkan tiga perkara mudah sebagai pelindung diri.

Menurut Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 28, dia tidak pernah mendapatkan sebarang pendinding daripada ustaz atau menggunakan cara lain selain amalan rohani yang menjadi rutinnya sebelum naik ke pentas.

"Saya tidak ada pendinding seperti upah ustaz dan sebagainya. Apa yang saya lakukan hanyalah zikir, selawat dan juga mengucap dua kalimah syahadah supaya semuanya dipermudahkan.

"Bagi saya, itulah pendinding saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi