suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Fatima cheeky girl”... Amira Othman selesa dengan anak tiri, cerita perancangan selepas kahwin

PELAKON Fattah Amin menjelaskan anak perempuannya Fatima Aisya dan isterinya Amira Othman kini sedang dalam proses menyesuaikan diri selepas perkahwinan mereka baru-baru ini.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hubungan antara kedua-duanya menunjukkan perkembangan positif apabila Fatima semakin selesa dengan kehadiran Amira dalam hidupnya.

"Fatima panggil Amira Aunty Mira. Masing-masing sedang sesuaikan diri. Apa yang saya nampak, mereka gembira bersama. Amira juga sukakan budak-budak, dia sangat baik dengan budak-budak. Jadi tak nampak kekok,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amira turut berkongsi pengalamannya mengenali Fatima yang disifatkan sebagai seorang kanak-kanak yang ceria dan mudah didekati.

"Saya okay sahaja. Fatima sangat baik dan cheeky. Dia petah untuk berborak dan sangat bijak. Dia juga sangat caring dengan keadaan sekeliling. Selalu ajak makan bersama,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi