PENYANYI Afieq Shazwan mengakui pernah mengalami pengalaman mistik ketika menyertai sebuah program nyanyian.
Menurut Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 28, dia pernah diganggu oleh makhluk halus sepanjang berada di lokasi tersebut.
Lebih mengejutkan, Afieq turut kehilangan suara dan semangat ketika ingin membuat persembahan dalam program berkenaan.
“Saya pernah berada di dewan tu selama lapan minggu sewaktu bertanding, macam-macam kejadian aneh dan mistik saya lalui sebenarnya.
“Saya pernah diganggu selepas habis buat persembahan dan waktu tu saya pernah terkunci dalam tandas, saya pernah ternampak kelibat manusia tapi yang peliknya kepalanya terpusing ke belakang.
“Selain itu, waktu bertanding tu saya pernah juga kena gangguan misteri sampai suara hilang dan waktu nak buat persembahan tu semangat hilang dan tak tahu nak buat apa jadi macam blur,” katanya kepada mStar
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































