PENYANYI baharu Fana Ibrahim mengakui bukan mudah untuk menembusi dunia hiburan pada usia muda.
Menurut Fana atau nama sebenarnya Nur Ifriana Mohd Ibrahim, 17, ketiadaan kenalan dan ahli keluarga dalam industri seni membuatkan perjalanan kariernya agak mencabar.
Namun begitu, Fana berkata situasi itu tidak sekali-kali mematahkan semangatnya, sebaliknya akan berusaha lebih gigih untuk membina nama dan dikenali dalam industri hiburan tanah air.
“Saya baru saja berusia 17 tahun dan faham agak baru jadi mungkin agak sukar untuk membina nama dalam industri ini kerana masih muda kan.
“Menyukarkan lagi apabila tiada ahli keluarga atau kenalan rapat dalam industri hiburan ni jadi macam kalau kita lihat anak-anak artis selalunya macam mudah saja masuk sebab rezeki dan tuah mereka (anak-anak artis).
“Walaupun tiada tuah macam mereka tapi saya akan berusaha keras untuk majukan nama saya sebab saya ada bakat selain menyanyi saya boleh bermain guitar elektrik,” katanya kepada mStar.
Untuk perkembangan lain, Fana baru saja melancarkan single terbaharu berjudul Tanpa Relaku yang kini boleh didengari di akaun YouTube Awal Muzik.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































