suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thalita kerja keras nak bantu Shuib, ‘daddy’ pernah mengadu dah tak banyak duit

ANAK kepada pelawak Shuib iaitu Thalita, yang berjaya meraih tempat kedua dalam program Talk To My Manager tidak merancang untuk berbelanja mewah dengan wang kemenangan sebanyak RM20,000 itu.

Sebaliknya, Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra binti Shahmira, 12, berkata, dia mahu menggunakan ganjaran tersebut bagi membantu keluarga.

“Saya nak bagi keluarga duit kemenangan ini. Saya tak hirau dapat tak banyak, tak kisah tinggal RM100 atau RM50 sahaja, tapi ini semua untuk keluarga. Apa yang saya buat dan penat lelah ini adalah untuk mereka semua.

“Saya tiada niat nak berjoli dengan duit kemenangan itu. Saya nak tolong ayah sebab dia pernah terus terang yang kami sudah tidak banyak duit,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi