MESKIPUN sudah sedekad bergelar anak seni, penyanyi Sharul Kamal mengakui dia kini tidak lagi peduli atau mengejar populariti.
Jelas Sharul atau nama sebenarnya Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 29, pengalaman yang dilaluinya sebelum ini menjadikan dirinya lebih matang serta mementingkan kualiti berbanding glamor.
“Saya dulu selalu kena nilai dan dihakimi dalam industri ini. Apa pilihan saya sekarang (tidak pentingkan populariti) adalah hasil daripada pengalaman lalu.
“Sebenarnya saya lebih memilih untuk tidak berada di tempat awam kerana lebih selesa jika orang tidak kenal saya.
“Selain itu, peristiwa orang salah tegur saya pun menjadi salah satu faktor itu. Banyak kali berlaku. Jadinya, lebih baik orang tidak perlu nampak saya di tempat awam,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































