PELAKON Que Haidar akui belum bersedia untuk mencari pasangan baharu meskipun ada wanita yang cuba mendekatinya sejak kembali solo.
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata fokus utamanya ketika ini adalah terhadap keluarga serta kerjaya.
“Saya rasa perceraian saya baru lagi. Otak masa masih fikir mengenai anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain. Jadinya, sekarang mahu luangkan masa yang sebanyak mungkin kepada mereka.
“Jadinya, saya belum terbuka untuk mempunyai pasangan lain. Fokus utama adalah kerjaya dan keluarga,” katanya kepada mStar.
Que memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Meet & Greet Jakel di Jakel Shah Alam sempena Jakel Crazy Sale Terpaling Murah! sehingga 14 Disember depan.
Untuk rekod, Que dan Linda Jasmine bercerai pada 2 Julai lalu selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































