suria

Pilih ketenangan, Shila Amzah amalkan gaya hidup sihat elak baca komen negatif

DEMI kesihatan mental, penyanyi Shila Amzah memilih untuk tidak lagi membaca komen warganet di media sosial.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata keputusan itu dibuat bagi mengelakkan dirinya terkesan dengan komen negatif berkenaan.

“Sebagai manusia memang kena lebih berhati-hati, hormat pun perlu sesama kita sebab rakan-rakan dalam industri ini kita akan jumpa balik nanti.

“Saya akan lebih berhati-hati terutamanya kalau melibatkan kawan yang tertentu saja tetapi kalau yang lain mungkin sama lagi.

“Sekarang ini saya sangat bersyukur kerana ada yang menjaga saya malah mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan hanya fokus kepada keluarga… ada komen yang negatif saya abaikan dan tidak baca,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi