suria

Tubuh sasa diraba, Zoey Rahman masih sabar asalkan tidak melampaui batas

PELAKON Zoey Rahman mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh beberapa individu ketika berada di tempat awam sejak aktif membina badan di gimnasium.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Rahman, 40, bagaimanapun tidak memandang serius perkara tersebut selagi individu terbabit tidak bertindak di luar batas.

“Selepas buat badan ini, ramai yang mesej agak melampau kepada saya. Ada yang ajak jumpa, ada yang minta untuk sentuh badan dan semuanya.

“Malah, ada juga di tempat awam mereka sentuh-sentuh dan raba saya. Saya tidak kisah sangat asalkan perkara tersebut tidak melampaui batas.

“Tetapi kalau ada yang melebih-lebih, saya akan saman dia. Untuk sekarang ini, perkara itu tidak mendatangkan trauma kepada saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi