suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazrief Nazri sanggup berhabis puluhan ribu ringgit, kuruskan badan dan tanam rambut sebelum buat ‘comeback’

DEMI kepentingan diri dan kerjaya, pelakon Nazrief Nazri sanggup melaburkan wang bagi menjalani prosedur menanam rambut, jambang serta membuat lasik mata.

Bukan itu sahaja, Nazrief, 34, turut mengambil masa setahun untuk menurunkan berat badan agar kelihatan lebih segak dan sihat.

“Dalam tempoh setahun ini, saya turunkan sebanyak 20 kilogram sebab saya membuat keputusan untuk kembali dalam industri (lakonan). Pendapat saya, nak jadi hero kena nampak kemas. Takkan hero gemuk kan? jadi saya turunkan berat badan.

“Selain itu, saya juga ada buat tanam rambut, jambang dan juga lasik mata. RM17,000 untuk tanam rambut dan jambang manakala lasik RM10,000,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi