SELEPAS enam tahun mendirikan rumah tangga, pelawak dan pelakon Ieda Moin mendedahkan dia pernah disisihkan oleh keluarga mentua kerana tidak mendapat restu mereka.
Menurut Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 46, perkara itu berpunca daripada statusnya yang ketika itu merupakan seorang janda.
“Sebenarnya, istilah anak emak itu memang wujud. Saya sebelum ini 4 tahun beraya asing. Suami balik ke kampung, manakala saya dan anak hanya di Kuala Lumpur.
“Setiap masa suami akan cuba minta izin dekat ibunya untuk bawa sampai pulang, dan lama kelamaan ibunya terbuka hati.
“Sebenarnya ibu mentua okay sahaja, cumanya dia ego. Biasalah, sebab anaknya pilih saya sebagai pasangan. Saya pula janda anak seorang. Tidak semua orang boleh terima status itu. Tapi sekarang kami sudah okay,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































