suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menetap di Kuala Kubu Bharu, Aiman Tino terasa hati apabila netizen pertikai rumah baharunya

PENYANYI Aiman Tino mengakui berasa sedikit terkilan apabila terdapat segelintir netizen meninggalkan komen negatif berhubung rumah baharunya.

Bagaimanapun, Aiman, 27, berkata dia enggan mengambil pusing perkara itu kerana apa yang lebih penting adalah keselesaan dirinya dan keluarga kecilnya.

“Selepas kahwin, saya duduk di Bangsar. Saya sudah rasa persekitarannya bagaimana. Sangat berbeza di antara Kuala Kubu Bharu dan juga Kuala Lumpur.

“Saya pindah sebab rasa tidak selesa duduk dekat bandar. Kalau di luar bandar, tidak ada jalan sesak, malam yang tenang dan banyak lagi.

“Ya, kadang-kadang memang rasa sakit hati apabila ada yang pertikaikan. Tapi, sekurang-kurangnya saya ada rumah sendiri,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi