suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disamakan dengan Meerqeen, Badron Munirah tak mahu dibayangi artis lain

DISAMAKAN dengan Meerqeen, pelakon baharu Badron Munirah mengakui perkara itu sebenarnya bukan sesuatu yang menyeronokkan buat dirinya.

Jelas Badron atau nama sebenarnya Mohammad Nur-Badron Munirah Rio Abdillah, 26, dia mahu membina nama dalam industri hiburan berdasarkan bakat sendiri dan bukannya menumpang populariti artis lain.

“Disamakan dengan Meerqeen itu bagi saya satu penghormatan juga. Tapi saya rasa, dalam tempoh singkat ini, saya masih belum mampu mencapai tahap seperti dia. Insya-Allah satu hari nanti.

“Kalau pun tidak dapat jadi seperti dia, saya mahu berada pada tahap saya sendiri. Saya mahu bina nama dan ada ‘liga’ yang tersendiri. Nak kata rimas, tidaklah. Cuma saya tidak seronok apabila dibayangi oleh orang lain.

“Tapi sebenarnya jika disamakan dengan orang lain itu, ia ada kebaikannya juga. Saya pandang dari sudut positif,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi