suria

Ellie Suriaty puji Kamal Adli, mulut sentiasa sebut nama isteri... “Dia sangat baik”

PELAKON dan pengarah Ellie Suriati menasihati netizen supaya berhenti melemparkan spekulasi negatif mengenai kemelut rumah tangga pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 55, berkata dakwaan kononnya Kamal mengabaikan rumah tangga adalah tidak benar sama sekali kerana sahabatnya itu merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan berusaha menjaga keluarga dengan baik.

“Untuk saya komen rumah tangga orang memang tidak sesuai tapi apa yang saya boleh kongsikan adalah daripada sudut mengenali Kamal Adli yang macam adik saya dalam industri kreatif ini.

“Saya sudah bekerja tiga kali dengannya malah kebaikannya macam tidak dibuat-buat, saya berlakon dalam drama Nafsu tayagan Viu dan ketika itu Uqasha dalam baru saja melahirkan anak… Watak utama tapi bila ada tempoh berehat mesti nak balik jumpa isteri.

“Setiap kali berjumpa mesti dia akan bercerita mengenai Uqasha dan anaknya di set, malah kalau pergi mana-mana mesti akan bawa anak sekali,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Ellie telah tercalon untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia dan akan bertanding pada 19 Disember ini.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi