suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Erma Fatima titip doa buat Amira Othman, Fattah Amin…”Jauhi mereka daripada hasad dengki”

Erma sentiasa mendoakan yang terbaik buat Fattah dan Amira.

PENERBIT dan pengarah Erma Fatima minitpkan doa buat pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Erma, 58, berkongsi video berkenaan selepas Fattah dan Amira dipercayai hadir pada majlis iftar anjurannya.

Menerusi ruangan kapsyen, Erma memohon supaya hubungan kasih sayang antara pasangan itu sentiasa berkekalan.

Erma harap hubungan Amira dan Fattah sentiasa berkekalan. 

Malah Erma turut mendoakan agar Fattah dan Amira sentiasa diberikan nikmat kebahagiaan serta dijauhkan daripada hasad dengki.

"Ya Allah, kau peliharalah kasih sayang mereka hingga ke Jannah. 

"Limpah kurniakan kepada mereka nikmat kebahagiaan. Jauhi mereka daripada hasad dengki," ujarnya. 

Dalam hantaran tersebut, Erma dan Amira kelihatan mesra bertegur sapa dan berpelukan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak buat video sedih ‘tunang’ dah kahwin… Erma Fatima sebak lepas tengok Fattah, Amira bersanding

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin kesal isu Fatima diperbesarkan netizen… “Kalau ada yang nak buat perkara tidak baik saya serahkan pada Allah”

Malah Erma juga sempat bergurau senda bersama Fattah dengan gelaran tunang. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur melihat gelajat Erma dan Fattah. 

"Fattah dah kahwinlah, jadinya dah jadi bekas tunang. 

"Masih tunang ke? Hahaha," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain