PENGARAH dan penerbit, Erma Fatima sebak ketika melihat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman di majlis resepsi ketiga pasangan itu yang berlangsung di Melawati Convention Centre, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Erma atau Fatimah Rahmad, 56, berkata, pada awalnya dia berhasrat untuk merakam satu video gurauan berunsur sedih, namun membatalkan niat tersebut selepas menyaksikan sendiri momen indah pasangan terbabit diraikan keluarga dan rakan-rakan.
“Niat hati saya nak buat video sedih, bergurau kononnya tunang sudah kahwin... Tapi sesungguhnya saya memang sebak melihat mereka.

Erma titip ucapan penuh makna buat Fattah dan Amira.
“Terima kasih Allah kerana kau hantar seorang insan yang dapat memberi cinta sejati buat dia (Fattah).
“Peliharalah cinta mereka hingga ke syurga. Amira, jaga anak saya itu baik-baik ya... Mama sayang kamu berdua,” katanya.
Erma berkongsi luahan itu menerusi hantaran di Threads miliknya sejurus selepas majlis berakhir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati dengan pesanan dan keikhlasan Erma terhadap pasangan berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dijodohkan dengan Fattah, Erma Fatima tak ambil hati gurauan Rosyam Nor... Kasihan suami bakal bernasib malang
ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin, Amira Othman doa individu nak boikot diberi hidayah… “Niat mereka hanya nak hadir majlis kahwin, erat silaturahim”
“Selalu dengar rakan artis pesan jaga isteri baik-baik, tapi kali ini lain... bekas tunang pula pesan jaga anak dia baik-baik.
“Teringat dulu Datuk Rosyam Nor pernah bergurau suruh Fattah kahwin dengan Erma. Tapi Fattah balas, kalau jadi betul, Datin Seri Umie Aida kena panggil dia abang ke?
“Tunang tak jadi terus naik taraf jadi ibu angkat. Sweet sangat hubungan mereka. Semoga bahagia hingga ke syurga," tulis netizen.
Sebelum ini, Erma pernah memberitahu dia tidak pernah terasa hati apabila sahabat baiknya iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor bergurau mahu menjodohkannya dengan Fattah.

Erma tak ambil hati gurauan Rosyam mahu menjodohkan dia dan Fattah sebelum ini.
Jelas Erma, semua itu sekadar gurauan memandangkan mereka sudah lama berkawan baik dalam industri hiburan.
Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Kemudian Fattah kembali bertemu jodoh dengan Amira dan pasangan itu selamat diijab kabul pada 14 September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


