suria

“Bukan dengan Baim sahaja” - Anna Jobling tak pernah merayu diberi tawaran berlakon, sanggup buat stunt sendiri dalam 'Sukma'

Hubungan baik dengan Baim bukan jalan pintas buat Anna terima tawaran kerja.

KALI kedua terlibat dalam filem arahan Baim Wong, pelakon Anna Jobling menolak tanggapan bahawa hubungan baik antara mereka memberi jalan mudah untuk dia mendapatkan tawaran kerja. 

Bagi Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, tiada istilah merayu kepada sutradara asal Indonesia itu untuk menyenaraikan namanya dalam sesebuah karya baharu. 

Selesa bekerjasama dengan Baim, mereka juga cukup profesional ketika sama-sama terlibat menjayakan filem terbaharu berjudul Sukma. 

Anna menggalas setiap tawaran kerja yang diberikan dengan baik. 

"Saya berlakon di Indonesia bukan dengan Baim sahaja. Ada juga filem bersama pengarah lain. Jangalah cakap saya hanya dengan dia sahaja.

"Saya tidak merayu pun untuk diterima berlakon. Ada tawaran kecil pun saya okay sahaja," katanya kepada mStar. 

Anna ditemui ketika majlis tayangan filem Sukma yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia bagai rumah kedua, Anna Jobling tangguh jadual ke sana.... Doa keadaan segera sembuh 

ARTIKEL BERKAITAN: Titip ucapan hari lahir, netizen panas ibu Anna Jobling tak henti buka aib anak… “Dah puas cuba rosakkan karier anak”

Ini merupakan kali kedua Anna berlakon di bawah arahan Baim selepas terbabit dalam filem Lambayung yang ditayangkan tahun lalu. 

Semakin rancak melebarkan sayap ke negara seberang, pelakon ini juga tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya di negara sendiri. 

Bagi Anna, setiap peluang harus dirancang dengan baik agar karier seninya terus berkembang. 

Jangalah cakap saya hanya dengan dia sahaja

ANNA JOBLING 

PELAKON 

"Saya ada terlibat dalam filem di Malaysia. Cuma mungkin di sini lebih banyak drama, jadi ada yang sangka saya hanya pilih filem Indonesia," jelasnya. 

Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem Sukma, Anna memberitahu dia sanggup melakukan babak aksi sendiri, termasuk babak diheret oleh aktres Christine Hakim. 

Anna sanggup melakukan sendiri babak aksi. 

"Ia satu pengalaman yang tak selalu dapat. Saya suka buat stunt sendiri selagi ia selamat. Baim juga amat mementingkan keselamatan dan jika tidak selesa saya tidak perlu buat," jelasnya. 

Selain Anna dan Christine, filem ini turut membariskan pelakon lain seperti Luna Maya, Oka Antara dan Fedi Nuril. 

Sukma akan memulakan tayangan di Malaysia pada 30 Oktober ini. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain