suria

Dikritik secara terbuka tak boleh bawa lagu balada, Ziha Salleh luah rasa terkilan

Ziha terkilan ada individu yang mengkritik dia tidak boleh menyanyi lagu genre balada.

PENYANYI Ziha Salleh meluahkan rasa terkilan selepas ada pihak mengkritik kemampuannya menyanyikan lagu berentak balada.

Lebih menyedihkan, Ziha atau Nor Aziha Mohd Salleh, 31, berkata teguran itu dibuat secara terbuka sehingga menimbulkan rasa kurang senang buat dirinya.

"Ada orang cakap, saya tak sesuai menyanyikan genre balada sebab nanti kena bersaing dengan ikan paus dan ikan emas.

Ziha tegaskan dia berhak untuk terus berkarya.

"Secara halus, dia nak cakap suara saya tak layak dan tak sedap bawa genre balada," katanya.

Ziha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads pada petang Ahad.

Menurut Ziha, kritikan sebegitu tidak sepatutnya disuarakan secara terbuka kerana dianggap keterlaluan.

"Paling teruk, awak cakap di tempat awam dan di hadapan media. Terlalu melampau, lebih baik tidak perlu cakap apa-apa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ziha Salleh okay saja tak dikenali sebagai penyanyi... “Saya dah berdamai dengan takdir”

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya tewaskan penyanyi hebat lain, Ziha Salleh sedia hadap kritikan netizen

Dalam pada itu, Ziha menegaskan dia berhak untuk terus berkarya mengikut cita rasa peribadi memandangkan dia tidak bergantung kepada sesiapa. 

"Saya nak keluarkan lagu apa sekalipun suka hati saya. Sebab saya tak minta tajaan buat lagu.

"Saya bayar sendiri. Lepas itu awak ingat saya nak bersaing ke keluar lagu? Rezeki masing-masing," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain