TIADA angin tiada ribut, anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy dikhabarkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya.
Majlis tersebut diadakan serba mewah dan tertutup dengan hanya dihadiri keluarga serta rakan-rakan terdekat.
Bagaimanapun tidak maklumat secara terperinci mengenai majlis tersebut namun Ammar serta Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta dilihat berkongsi foto dan video majlis pertunangan tersebut di Instastory miliknya.

Che Ta duduk di pelamin untuk menyarung cincin.
Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh The Captured Promises memaparkan acara tersebut berlangsung dengan penuh meriah.
“Pencipta kandungan untuk pertunangan Ammar Effendy. Terima kasih Che Ta kerana menjemput kami," tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis tersebut, Che Ta dilihat mengenakan baju berona kuning sedondon dengan suaminya Zain Saidin bersama anak perempuan mereka Aaisyah Dhia Rania Zain.
ARTIKEL BERKAITAN: Rozita Che Wan dan anak sulung mungkin muflis, tak beri kerjasama terhadap Mara
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ramai mula menjauhi Rozita Che Wan, hutang Mara RM1 juta sudah langsai
Manakala Ammar dilihat mengenakan baju berona merah jambu sedondon dengan wanita pilihannya itu.
Bagaimanapun Ammar dipercayai memilih merahsiakan identiti wanita itu selepas dilihat menutup wajahnya dengan bunga.
Difahamkan acara tersebut turut disertai bapa kandung Ammar iaitu Azuar Effendy Zulkaply.

Che Ta dan ahli keluarga sedondon berwarna kuning.
Untuk rekod, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga bersama Azuar pada tahun 1995 dan berpisah pada 2003.
Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Selepas itu, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan memiliki seorang anak perempuan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


