suria

Rozita Che Wan dan anak sulung mungkin muflis, tak beri kerjasama terhadap Mara

Che Ta dan Ammar masih lagi mengunci mulut berhubung kenyataan pihak Mara.

PROSES pemfailan kebankrapan ke atas pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya iaitu Ammar Effendy sedang dilakukan susulan gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 2017.

Difahamkan, pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd, dengan Rozita, 51, dan Ammar, 28, sebagai penjamin.

Proses sama juga pernah dilakukan pada Julai tahun lalu namun terdapat masalah teknikal terhadap notis kebankrapan terhadap anak-beranak itu dan ia terpaksa ditarik balik bulan lalu.

che ta 2

Che Ta dan Ammar dikatakan tidak memberikan kerjasama dengan baik.

Bagaimanapun, tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pelakon terbabit diteruskan pada Selasa lalu.

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki berkata proses itu hanya akan dihentikan sekiranya Rozita membayar penuh pinjaman tersebut.

Ia berikutan pihak Mara tidak lagi memberi pelanjutan tempoh selepas mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Rozita Che Wan kena serbu, gagal bayar hutang Mara hampir RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh rumah kena serbu tapi Che Ta nampak tenang, sempat muat naik ucapan ‘birthday’ anak

"Saya sudah mengarahkan bahagian undang-undang Mara mengambil tindakan muflis terhadap pelakon itu kerana kita sudah beri tempoh secukupnya untuk beliau melunaskan hutang pinjaman hampir RM1 juta yang dibuatnya sejak tujuh tahun lalu.

"Tiada siapa boleh menghalang tindakan Mara ini kerana ia perintah mahkamah dan sebenarnya kita tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan dilakukan," katanya seperti dilaporan Berita Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, Mara juga jelasnya sudah membuka pintu rundingan bagi membolehkan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman dapat dilakukan jika berdepan masalah membayar semula.

Saya difahamkan dia (Rozita) tidak memberi kerjasama.

ASYRAF DUSUKI

PENGERUSI MARA

Asyrat Wajdi menjelaskan pelakon berkenaan tidak memberi kerjasama malah kes berlarutan susulan Rozita membuat pertukaran peguam.

"Ini adalah sebagai langkah akhir jika semua usaha meminta pinjaman dibayar semula tidak diendahkan.

"Saya difahamkan dia (Rozita) tidak memberi kerjasama malah kes berlarutan sebab mahkamah menangguhkannya kerana dia membuat pertukaran peguam," jelasnya.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta di Petaling Jaya, Selangor diserbu pihak Mara.

2922646

Barangan di rumah Che Ta diserbu pihak Mara.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.

Bagaimanapun ketika serbuan dibuat aktres berkenaan tiada di kediaman tersebut melainkan ibunya.

Selepas satu jam serbuan dibuat Ammar dilihat memasuki kediaman tersebut.

Sehingga kini, Rozita masih memilih berdiam diri berhubung isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain