suria

Rumah Rozita Che Wan kena serbu, gagal bayar hutang Mara hampir RM1 juta

Kediaman Che Ta diserbu Mara pada pagi Selasa.

KEDIAMAN pelakon Rozita Che Wan diserbu wakil Majlis Amanah Rakyat (Mara) pada pagi Selasa kerana didakwa tidak membayar hutang pinjaman daripada agensi berkenaan.

Tindakan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.

cheta3 - 1

Che Ta didakwa tidak melunaskan hutang bernilai hampir RM1 juta.

Memetik Sinar Harian, difahamkan Rozita atau atau lebih mesra disapa Che Ta gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Ketika serbuan dibuat aktres berkenaan tiada di kediaman tersebut melainkan ibunya sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka Aaisyah bengkak dan kemerahan, Che Ta tak tahu anak ada alahan ketam

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun henti keluar minyak wangi, Rozita Che Wan bengang ada pihak ciplak jual RM10... Pembeli mengadu alami masalah kulit

Bagaimanapun selepas satu jam serbuan dibuat, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendi dilihat memasuki kediaman tersebut.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Che Ta tidak berhasil apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain