suria

Zahnita Wilson diminta buat ujian air kencing, keputusannya negatif - “Tiada apa hendak saya sorok”

Zahnita mahu terus berjuang mempertahankan haknya.

PELAKON dan model Zahnita Wilson diminta melakukan ujian saringan air kencing ketika dia membuat permohonan mendapatkan polis pengiring bagi bertemu suaminya.

Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar dia diminta menjalani ujian tersebut namun bersetuju dengan permintaan tersebut.

Jelasnya, keputusan ujian saringan itu juga menunjukkan dia negatif daripada sebarang anasir barang terlarang.

"Saya ada perintah mahkamah dan boleh dapatkan pengiring (polis) namun ia tidak berjalan lancar.

zahnita 2

Zahnita kini lebih bersemangat memulakan hidup baharu.

"Saya diminta melakukan ujian air kencing. Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan ternyata keputusannya negatif," katanya.

Zahnita tampil mendedahkan perkara itu dalam sesi siaran langsung bersama media yang disiarkan di Facebook Sinar Harian pada Khamis.

Dalam pada itu, Zahnita mendakwa berdepan halangan ketika mahu mengambil dua anak perempuannya di rumah suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor pada Rabu.

Jelas Zahnita, kedua-dua anak perempuannya itu masih tinggal dengan Abdul Zackery selepas dia bertindak berpindah keluar dari rumah mereka sebelum ini memandangkan mereka masih bersekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kebebasan buat saya dan anak-anak” - Zahnita dapat perintah perlindungan interim terhadap suami

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul

"Syukur saya dapat ambil dua anak perempuan saya semalam (Rabu). Saya mendapat hak penjagaan interim pada 6 Disember lalu.

"Sebelum ini anak-anak masih bersekolah dan saya beri ruang kepada ayah mereka untuk hantar ke sekolah.

"Keadaan semalam tidak berjalan lancar untuk bawa anak-anak keluar (daripada rumah suami). Ada jalangan dari pihak sana," katanya.

Zahnita pada 3 Disember lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Abdul Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Tiada apa yang hendak saya sorokkan dan ternyata keputusannya negatif

ZAHNITA WILSON

PELAKON/MODEL

Dia kemudiannya mendapat hak penjagaan sementara interim dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan pada 6 Disember lalu.

Manakala pada 9 Disember lalu, Zahnita berjaya mendapat perintah perlindungan interim (IPO) dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melindungi diri dan anak-anak daripada Abdul Zackery.

Pada 2 Disember lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

zahnita 3

Zahnita mendapat IPO selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya leban dan mendakwa dia dibelasah suami snediri.

Malah dedah Zahnita, ia bukan insiden pertama sebaliknya sudah bertahan dengan sikap suaminya sepanjang 20 tahun berkahwin.

Pada 5 Disember lalu Abdul Zackery, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuantan atas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap Zahnita.

Zahnita, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain