PELAKON Linda Hashim kesal apabila anak-anak sering dijadikan ‘senjata’ untuk dia kembali berdamai dengan suaminya, Beego.
Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, berkata dia lebih mengetahui keadaan anak-anak memandangkan mereka berada di bawah jagaannya.
“Saya rasa dah tak relevan untuk pertahankan rumah tangga demi anak. Saya tak nak babitkan nama anak-anak di sini walaupun dia (Beego) memang tak habis-habis fasal anak.

Linda yang menjaga tiga orang anaknya.
“Saya hari-hari dengan anak, saya tahulah. Mereka tahu ibu bapa dia ada masalah.
“Saya kasihan dekat anak-anak saya. Jangan gunakan mereka untuk bagi sebab entah apa-apa,” katanya kepada mStar.
Linda mengulas perkara itu selepas Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mengeluarkan kenyataan bahawa anak-anak gembira sekiranya pasangan itu tidak jadi berpisah.
Tidak hanya itu, Linda turut terkilan apabila Beego memuat naik video lama anak mereka semata-mata ingin mempamerkan imej sebagai ayah yang bertanggungjawab.
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim diserang penyondol, minta cepatkan proses cerai... Siap tak sabar nak mulakan hidup baru bersama Beego
ARTIKEL BERKAITAN: “Hentikan penipuan” – Linda Hashim beri respons ringkas terhadap kenyataan Beego
Katanya, tindakan itu menyebabkan anaknya berasa malu hingga enggan ke sekolah.
“Sampai guna video anak saya. Dia sangat malu nak pergi sekolah. Dia buat benda begitu untuk kepentingan diri sendiri serta nak menunjukkan dia bertanggungjawab dan rapat dengan anak.
“Sedangkan benda itu sudah lama. Kebetulan anak saya tengok dan komen sebab dia dah pakai tudung.
“Kadang-kadang saya suruh dia buka tudung, dia tak nak. Dia dah malu, kasihan anak saya,” luahnya.

Linda harap Beego berikan kerjasama untuk proses penceraian mereka.
Untuk rekod, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.
Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


