suria

Linda Hashim diserang penyondol, minta cepatkan proses cerai... Siap tak sabar nak mulakan hidup baru bersama Beego

Linda tenang dengan dugaan hidup.

KETIKA proses perceraian masih belum selesai, pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya didatangi seorang wanita dipercayai kekasih kepada suaminya, Beego yang mendesak agar mereka berpisah dengan segera. 

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 41, berkata wanita berkenaan tanpa segan silu meminta dia supaya tidak lagi memberi harapan kepada Beego kerana mahu memulakan hidup baharu bersama.

“Semalam kekasih dia cari saya dan marah-marah, katanya jangan beri harapan kepada Beego sebab mereka nak mulakan hidup baru.

Linda dedah Beego ada kekasih hati lain.

"Saya pun cakap, okay teruskan! Saya ke mahkamah pun memang untuk bercerai,” katanya kepada mStar.

Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil, pada malam Jumaat.

Linda berkata, ini bukan kali pertama dia diserang oleh wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Jelasnya, dia sering menjadi tempat luahan apabila terdapat wanita menghadapi masalah dengan Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hentikan penipuan” – Linda Hashim beri respons ringkas terhadap kenyataan Beego

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim masih belum fail pengesahan taklik, mahkamah tetapkan 16 Disember sebutan semula kes cerai

Tambah Linda, dia sudah cukup terbeban dengan situasi itu memandangkan masalah rumah tangganya sendiri belum selesai hampir setahun.

“Tak tahu nak kata serius atau tidak hubungan mereka. Masa tengah seronok, penyondol-penyondol ini lupa saya siapa. Tapi bila ada masalah, baru cari saya.

"Mereka boleh buat sesuka hati, tapi jangan ganggu saya!,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Linda turut menafikan dakwaan Beego yang mengatakan dia sengaja menggunakan lafaz taklik untuk berpisah.

Tapi saya nak bercerai secara damai.

LINDA HASHIM

PELAKON

Tegasnya, tindakan itu dibuat atas arahan mahkamah selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) menemui jalan buntu dan mendapati terdapat taklik yang dilanggar.

“Kenyataan Beego kata saya guna taklik untuk lepaskan diri itu tak benar. Hakim yang arahkan saya failkan lafaz taklik itu selepas laporan JKP.

"Kalau daripada awal saya nak guna taklik, saya boleh saja failkan dan tuntut fasakh. Tapi saya nak bercerai secara damai,” jelasnya.

Untuk rekod, Linda memfailkan perceraian terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Linda tampil bersihkan tuduhan Beego.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain