suria

Fadzilah Kamsah pesan jaga aib, isteri Nubhan ambil maklum

Isu rumah tangga Nubhan dan isteri kini jadi perhatian ramai.

PAKAR motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah berkongsi pandangan kepada pasangan suami isteri agar tidak terlalu mendedahkan kisah keburukan dalam rumah tangga. 

Hantaran di Threads itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang memberi komen balas tentang kisah peribadi mereka. 

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang bersetuju dengan teguran tersebut. 

Komen balas ringkas Dr Afifah. 

"Baik Tok Abah," ujarnya ringkas. 

Dalam hantaran di Threads itu, Dr Fadzilah memberi pesan kepada anak muda supaya sentiasa menjaga aib dalam rumah tangga. 

Malah beliau juga meminta orang ramai untuk berhati-hati dalam percakapan. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nubhan perjelas dakwaan miliki rumah lain di Dengkil, ada sebab asingkan diri 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Dia tahu punca diceraikan” - Nubhan minta nasihat mentua sebelum lafaz talak, 10 tahun cuba bertahan

"Nak, simpan elok-elok masalah rumah tanggamu. 

"Aib pasangan yang tersebar sebenarnya membuka juga aib dirimu. Hati-hati ya, nak," katanya. 

Kisah rumah tangga Nubhan dan Dr Afifah kini antara yang menjadi perhatian ramai selepas penyanyi itu membuat permohonan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Sepang, Selangor. 

Nubhan lefazkan cerai pada Ogos lalu. 

Nubhan dikatakan telah melafazkan cerai terhadap isterinya pada 26 Ogos lalu.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain