suria

Irma Hasmie didakwa sudah tamatkan zaman janda - “Yang tahu saja tahu"

Irma lebih selesa kunci mulut isu peribadi.

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mendakwa dia sudah kembali berumah tangga.

Irma, 43, berkata dia lebih selesa berdiam diri berhubung hal peribadi kerana setiap perkara yang dikongsikan akan menjadi bualan ramai.

“Saya minta maaf, bab peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama. Bagi saya, lebih adil begitu.

Irma tidak mahu statusnya diuar-uarkan kepada umum.

“Saya rasa sama sahaja. Kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap. Jadi lebih baik saya berdiam diri," katanya kepada mStar.

Irma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil, pada malam Jumaat.

Menurut Irma, dia lebih selesa sekiranya orang terdekat sahaja yang mengetahui status peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada foto suami, status Irma Hasmie ‘jangan ajari seorang isteri sabar’ cetus tanda tanya… Rakan artis, peminat bagi kata semangat

ARTIKEL BERKAITAN: Irma Hasmie tetap dengan pendirian, pilih diam isu rumah tangga - “Apa saja saya jawab akan timbul spekulasi”

“Mengenai hal ini (status), saya rasa bukanlah untuk diuar-uarkan kepada umum. Bagi saya, yang tahu, tahulah,”katanya lagi.

Tambah Irma, dia memilih untuk mengunci mulut kerana ingin menjaga hati ramai pihak terutama ahli keluarga. 

Justeru dia memilih untuk menjaga percakapan sekali gus mengelakkan fitnah atau spekulasi tidak enak berlaku.

“Saya pilih untuk diam sebab bila bercakap, nanti jadi sukar. Akan timbul pelbagai tafsiran dan andaian.

“Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga keluarga besar saya. Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikir juga tentang pakcik, makcik, dan keluarga sebelah sana. Saya tak nak memeningkan kepala mereka. 

“Tentang spekulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak. Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitnah,”ujarnya.

Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012.

Pasangan itu dipercayai berpisah sekitar Disember 2023 sebelum mengumumkan kepada umum enam bulan kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syed Irfha,12 dan Irma Nur Naylie,11 yang kini berada di bawah jagaan Erma.

Artikel Lain