suria

Haliza Maysuri target RM10 juta di Pahang, mahu bantu golongan susah... “Sedekah jadi pendinding selepas diuji sakit tiada ubat”

Haliza hadir melancarkan butik tudung di Kuantan, Pahang.

SEMPENA pembukaan butik di Kuantan, Pahang, pengasas jenama tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menyasarkan keuntungan sebanyak RM10 juta di negeri itu menjelang Aidilfitri tahun depan.

Meskipun jumlah itu dianggap tinggi, Haliza berkata sebahagian keuntungan berkenaan akan disalurkan kepada golongan memerlukan sekali gus mengajak lebih ramai peminat setianya untuk menyokong.

"Produk saya ini tiada diskaun, tapi sebahagian keuntungan perniagaan ini saya berikan semula kepada golongan memerlukan.

"Pelanggan saya ini memang kaya dan mereka sanggup beli sebab jenama ini mahal. 

Haliza mahu bersedekah dan membantu golongan memerlukan. 

"Bagi menghargai mereka, saya sentiasa salurkan semula kepada masyarakat. Saya harap sumbangan yang dibuat memberi pahala selain mereka terus menyokong produk ini secara berterusan. 

"Sebagai usahawan saya memang letakkan target supaya lagi banyak untung, lagi banyak kita bayar zakat. Jika di Selangor saya antara pembayar zakat terbesar sebanyak RM1 juta manakala di Pahang pula pemilik butik Byqiss by Bawal Exclusive antara pembayar zakat tertinggi,"katanya.

Haliza berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan butik Byqiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Menurut Haliza, setiap perniagaan yang berjaya perlu diiringi tanggungjawab sosial dan pembayaran zakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap pengsan di pejabat, Haliza Maysuri letak labu kundur serap aura negatif

"Sebenarnya saya bukan orang yang senang. Saya bermula dengan hanya berniaga di pasar malam dan sekarang ini saya diuji dengan sakit yang tiada ubat. 

"Saya percaya dengan bersedekah dan mendekatkan diri kepada Allah akan menjadi pendinding kepada kesihatan, keselamatan dan kemakmuran perniagaan saya. 

"Walaupun hampir berputus asa tapi berkat membantu orang yang memerlukan rezeki saya makin bertambah.

"Saya juga bersyukur perniagaan saya tidak gulung tikar walaupun pernah berdepan dugaan Covid-19. Jadi untuk menzahirkan rasa syukur ini, saya mahu terus bersedekah,"katanya.

Sementara itu, pemilik butik Byqiss by Bawal Exclusive Pahang, Datin Hamizan Puteh menyahut cabaran Haliza yang menyasarkan jumlah keuntungan RM10 juta di Pahang. 

Hamizan (kanan) menyahut sasaran RM10 juta keuntungan yang diumumkan Haliza.

Kata Hamizan, dia percaya angka yang disasarkan itu mampu dicapai hasil sokongan peminat setia produk itu. 

"Bagi mencapai sasaran itu, saya memperkenalkan dua tudung rekaan peribadi yang hanya boleh didapati di Pahang iaitu Helaian ByQiss dan Bawal Mizan. 

“Rekaan saya diilhamkan daripada konsep Yin & Yang iaitu tentang keseimbangan antara baik dan buruk. Sepanjang hampir 10 tahun saya berada dalam industri, pelbagai pengalaman saya lalui dan diadaptasikan dalam rekaan tudung,"katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain