suria

Misha Omar tolak jalan pintas untuk kurus, pilih gaya hidup sihat… “Walaupun berisi peminat tetap sayang saya”

Misha enggan mengambil jalan pintas untuk turunkan berat badan.

PENYANYI Misha Omar pernah menerima pelbagai saranan daripada rakan-rakan untuk menurunkan berat badan secara mudah dan cepat.

Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, berkata dia memilih untuk menolak cadangan tersebut kerana bimbang dengan kesan jangka panjang yang bakal dialaminya nanti. 

Meskipun tidak menyatakan secara khusus kaedah yang dicadangkan, Misha mengakui terpengaruh dengan cara pintas itu namun selepas membuat pertimbangan, dia sedar pendekatan tersebut bukan jalan terbaik. 

Misha sedang berusaha menurunkan berat badan sebelum konsert pada November ini.

"Ada saja kawan-kawan yang mencadangkan saya melakukan jalan pintas untuk menurunkan berat badan. Tapi saya menolak dengan cara baik. 

"Saya tidak mahu menyebut apa yang mereka sarankan. Cuma saya tanya kesan yang akan dilalui sekiranya melakukan jalan pintas itu. 

"Saya pun balik rumah dan fikir. Tidak menafikan masih ada ‘nafsu’ untuk mengambil jalan pintas jadi kurus," katanya kepada mStar.  

ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar tak ‘hamak’ tengok konsert percuma, keluarga juga kena beli tiket... Mahu hasil kerja anak seni dihargai

ARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar tergamam, Melly Goeslaw menangis pertama kali bertentang mata dengan idolanya 

Menurut Misha, dia bagaimanapun bersyukur apabila suaminya, Firos Ezzwan Rossly antara pendorong utama yang membuatkan dia memilih untuk menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil jalan mudah. 

"Saya tanya pendapat suami, dia cakap lihat saja dirinya yang berisi. Dia masih sihat, gembira dan boleh bekerja. Kata suami saya lebih kecil (kurus) daripada dia. 

"Suami cakap tak perlulah ambil jalan pintas itu kerana takut kacau mood saya pula nanti. Sudahnya saya tak jadi untuk buat cara pintas itu," ujarnya. 

Misha tampil yakin dengan penampilannya sekarang.

Tambah penyanyi lagu Break itu, meskipun berat badannya menurun agak perlahan namun dia tetap berasa yakin dan selesa dengan dirinya.

Ditanya mengenai persepsi masyarakat terhadap penampilan selebriti, Misha berkata masih ramai yang meletakkan standard kecantikan terlalu tinggi.

"Saya tidak menafikan manusia suka melihat kesempurnaan. Idola mereka 'barbie' (cantik).

"Berat badan saya pun baru turun. Saya rasa di usia begini, saya jadi lebih yakin. Walaupun berisi sedikit tapi saya rasa peminat tetap sayang saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain