PELAKON Datuk Aaron Aziz tidak menolak kemungkinan sedutan klip video adegan panas dalam drama terbaharu Safira sengaja digunakan bagi menghangatkan promosi karya berkenaan.
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata dia hanya mengetahui mengenai babak tersebut selepas dimaklumkan isteri iaitu Datin Diyana Halik yang secara tidak sengaja menontonnya di media sosial.
"Sejujurnya saya tak nampak sedutan itu, isteri saya yang tengok awalnya. Tapi saya tak rasa itu adalah babak dalam drama tersebut.

Babak atas kaltil antara yang menjadi kecaman netizen.
"Mungkin mereka tambah sekadar untuk menghangatkan dan promosikan drama itu," katanya kepada mStar.
Menurut Aaron, dia juga tidak mengenali kedua-dua pelakon yang muncul dalam klip video berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Video babak panas undang rasa jijik, netizen dakwa produksi tempatan hilang malu... “Seriuslah, Malaysia dah mula buat drama begini?”
ARTIKEL BERKAITAN: Rampas Cintaku dikritik kerana babak ‘daring’ diterima baik di China, iQIYI beri peluang pengarah berkarya ikut garis panduan
"Bila saya yang tengok (video tersebut) saya juga tertanya-tanya siapa pelakon itu.
"Saya tak pernah nampak atau jumpa mereka di set penggambaran," kongsinya.
Dalam masa sama, Aaron berpendapat adegan seperti itu kurang manis dipertontonkan kepada umum kerana bertentangan dengan nilai budaya dan agama di negara ini.
"Kalau ikut kita punya budaya dan agama babak seperti itu sememangnya tidak perlu ada," kongsinya.

Identiti dua pelakon yang melakonkan babak panas tidak dapat dikenal pasti.
Sebelum ini, netizen meluahkan rasa geli selepas menonton sedutan klip video adegan panas dalam drama terbaharu yang dipercayai diterbitkan syarikat produksi, MIG Productions.
Video yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi platform penstriman digital, iQIYI Malaysia pada Selasa itu mencetuskan pelbagai kecaman dan kritikan terhadap drama berkenaan yang dikatakan tidak mencerminkan nilai adab dan kesopanan.
Menerusi video yang dimuat naik, terdapat babak mengelikan antara dua pelakon yang tidak diketahui identitinya sedang melakukan babak ranjang di atas katil serta beberapa aksi keterlaluan.
Malah sebelum adegan itu, terdapat babak panas di mana pelakon lelaki itu menanggalkan gaun dan pakaian dalam wanita tersebut.
Selain Aaron, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datin Elvina Mohamad, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila, Hazeeq Deen, Malek McCrone dan Shakley Wong.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


