suria

Nubhan sertai GV12 di saat rumah tangga bergolak, Mark Adam dan Usop Wilcha antara peserta bertanding

Nubhan dan Usop Wilcha antara peserta menarik perhatian.

KEMUNCULAN penyanyi Nubhan antara yang mencuri tumpuan dalam senarai 13 peserta program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

Penyertaannya menjadi bualan apabila dia kini berdepan proses perceraian dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Ketika namanya diumumkan sebagai peserta, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, menghiburkan tetamu dengan lagu Ada Untukmu.

Korie (kiri) dan Rahmat Ekamatra turut serta GV12.Korie (kiri) dan Rahmat Ekamatra turut serta GV12.

Bagi Nubhan, ini merupakan peluang terbaik untuk dia terus aktif sebagai penyanyi.

“Ini pentas dengan ramai penyanyi-penyanyi hebat. Rugi kalau saya tolak apabila diberi tawaran,” ujarnya.

Nubhan berkata demikian selepas diumumkan sebagai peserta GV12 pada majlis sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Liza Aziz tepati ramalan juara GV11, terima hadiah wang tunai RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 40 tahun bergelar penyanyi, Liza Aziz tak kecil hati dianggap ‘underrated’

Selain Nubhan, peserta lain yang turut tersenarai ialah Datuk Elaine Kang, Krisya, Mell Sakura, Korie, Mark Adam, Rahmat Ekamatra dan kumpulan Freshies.

Turut bersaing ialah peserta dari Indonesia iaitu Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua selain Iskandar Ismail dari Singapura.

Sementara itu, penyanyi dan pelakon Shy8 atau Usop Wilcha turut menghangatkan pentas GV12 sebagai peserta wildcard.

Krisya dan Mell Sakura (kanan) antara peserta wanita.

Barisan juri GV12 masih mengekalkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

GV12 bakal memulakan siaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2 November ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.

Program ini akan dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain