suria

Raja Ilya kongsi pandangan isu cerai, Kamal Adli balas dengan empat emoji berbeza

Respons Kamal mencuri tumpuan ramai.

PERKONGSIAN pelakon Raya Ilya tentang isu perceraian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut di laman Instagram. 

Namun apa yang menarik perhatian adalah komen balas aktor Kamal Adli apabila meninggalkan beberapa tanda emoji terhadap hantaran berkenaan. 

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, hanya meninggalkan empat emoji iaitu senyum, sedih, menangis dan kecewa. 

Komen balas Kamal pada hantaran Ilya. 

Komen yang dibuat Kamal itu pantas mendapat maklum balas ramai apabila sedang berdepan kemelut rumah tangga bersama isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose. 

Bagaimanapun rata-rata peminat masih mendoakan agar Kamal dapat menyelamatkan perkahwinannya bersama Uqasha. 

"Pujuklah dia, berjuang untuk keluarga. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersabar untuk anak? Ya, kerana dialah saya bertahan selama setahun” - Uqasha Senrose 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

"Sabarlah, banyakkan berdoa. Usaha pujuk dan beri effort lebih. Ketika isteri tengah serabut otak, tenang dahulu. Kau bukan tak biasa kena block 100 kali masa gaduh. Wanita memang ada masa serabut.

"Kalau boleh selamatkan perkahwinan ini. Kamal kan selalu ada bila dia perlukan. Dalam hal ini sama-sama kena tolong dan faham. Peluklah dia dan dengar apa yang dia nak luahkan," komen netizen. 

Dalam hantaran yang dimuat naik Ilya, dia berkongsi pandangannya mengenai realiti rumah tangga yang tidak pernah terlepas daripada ujian dan dugaan.

Uqasha memfailkan cerai atas alasan tiada persefahaman. 

Selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett, mereka juga pernah melalui fasa pergaduhan namun menyelesaikan secara baik dengan melepaskan ego sebelum masuk tidur. 

Kisah rumah tangga Kamal sedang menjadi bualan ramai apabila Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu. 

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain