suria

“Ahli keluarga kena bawa dia jumpa psikiatri sebelum melarat” - Netizen risau Uqasha Senrose alami kemurungan selepas bersalin

Netizen bimbang dengan keadaan Uqasha.

PERGOLAKAN rumah tangga antara pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli mengejutkan peminat apabila pasangan popular itu kini sedang melalui proses perceraian.

Dalam pada ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa Uqasha, seorang pengguna platform Threads mendakwa aktres berkenaan mungkin berdepan kemurungan selepas bersalin kerana menguruskan anak perempuannya, Hawra Uqaira yang baru berusia setahun.

"Aku tengok Uqasha macam post partum depression ( kemurungan selepas bersalin) ini, anak belum setahun. Keluarga patut bawa jumpa doktor. Dia macam exhausted, burnout dan overthinking.

Netizen luah bimbang keadaan Uqasha.

"Perempuan akan ingat waktu dia dilayan ketika lepas bersalin, berpantang dan jaga anak waktu bayi lagi-lagi bab berjaga malam. Bukan nak backup tapi pernah lalui.

"Masing-masing pertama kali jadi ibu ayah mungkin banyak kurang di situ, silap dia artis post semua salah," tulis pemilik akuan dengan nama Misszsundae.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai, khususnya dalam kalangan golongan ibu yang turut pernah melalui pengalaman hampir sama selepas melahirkan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli mahu pertahankan perkahwinan, ada usaha berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

Rata-rata netizen menyuarakan rasa prihatin dan berharap agar keluarga Uqasha lebih peka terhadap tahap kesihatan mental pelakon itu.

"Masa Uqasha buat siaran langsung macam judge juga, tapi lepas keluar kenyataan fasal sijil nikah lama-lama fikir dia perlukan pertolongan. Dia nampak sangat tidak sihat.

"Ahli keluarga Uqasha kena bawa dia jumpa psikiatri sebelum melarat. Perasaan burn out itu wajar saja walaupun baru anak seorang. Seseorang patut jauhkan dia daripada telefon.

"Yang mengata, menghina semua perempuan. Tipulah kalau tak penat jaga anak sorang-sorang, tapi mungkin ada perkara lain yang buat dia triggered sampai minta cerai," antara komen netizen.

Kamal dan Uqasha mempunyai seorang cahaya mata bersama.

Semalam Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi mengikuti prosiding sebutan cerai kali pertama.

Uqasha dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain