suria

“Bersabar untuk anak? Ya, kerana dialah saya bertahan selama setahun” - Uqasha Senrose

Uqasha memberitahu dia sudah lama cuba bertahan dalam rumah tangga.

PELAKON Uqasha Senrose memberi bayangan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli sudah lama berdepan masalah. 

Uqasaha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33,  berkata, dia sudah cuba mempertahankan perkahwinan sejak setahun lalu disebabkan anak mereka Hawra Uqaira.

"Bersabar untuk anak? Ya kerana anaklah saya bertahan selama setahun," katanya. 

Anak menjadi kekuatan Uqasha bertahan dalam rumah tangga. 

Uqasha meluahkan perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan pengikut ketika mengadakan sesi siaran langsung di TikTok. 

Menurut Uqasha, dalam tempoh perkahwian dia sudah cukup memahami situasi yang berlaku sehingga dia membuat keputusan memfailkan perceraian. 

"Kenapa sekrang? Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Kerana saya tidak pernah cakap nak buka aib sesiapa," jawabnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Ahli keluarga kena bawa dia jumpa psikiatri sebelum melarat” - Netizen risau Uqasha Senrose alami kemurungan selepas bersalin 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hilang sabar, tiada persefahaman punca Uqasha Senrose fail cerai terhadap Kamal Adli… “Jangan tidak hadir begini, saya pun ada kerja”

Dalam masa sama Uqasha juga menganggap kemelut yang berlaku sebagai dugaan yang perlu dihadapi. 

Malah apabila ditanya tentang dirinya, pelakon itu memberitahu dia menangis selepas pulang dari mahkamah pada Rabu. 

"Mata layu sebab saya menangis. Baru balik mahkamah tadi. 

Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian

UQASHA SENROSE 

PELAKON

"Ini dugaan untuk saya. Sudah bahagian saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji." luahnya. 

Terdahulu Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengikuti prosiding sebutan cerai kali pertama selepas memfailkan permohonan pada 1 Oktober lalu. 

Uqasha memfailkan cerai pada 1 Oktober. 

Sebelum ini rumah tangga Kamal dan Uqasha menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di Instagram.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain