suria

[V] Beego nafi pergi kelab malam, dakwa video berjoget dirakam pada majlis hari jadi rakan

PELAKON Beego akhirnya tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia merupakan selebriti lelaki yang dilihat sakan menari di sebuah kelab malam sekitar Ogos lalu.

Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata, video yang tular itu sebenarnya dirakam ketika dia menghadiri sambutan hari jadi seorang rakan di sebuah pusat karaoke.

“Saya dah bertahun tak pergi kelab malam. Video itu sebenarnya saya menghadiri parti hari jadi dan majlis itu dibuat secara tertutup di sebuah pusat karaoke eksklusif.

Sebuah video tular mendakwa individu yang muncul dalam rakaman tersebut ialah Beego.

“Saya tak pergi kelab malam. Saya bukan budak-budak. Saya pergi ke tempat yang high end.

“Jadi, tak kisah orang nak panggil tempat itu, tempat goyang ke, KTV eksklusif ke, tapi bukan kelab malam,” katanya kepada mStar.

Menurut Beego, dia sentiasa menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan dari seluruh negara sejak bergelar artis dan menegaskan video yang tular itu merupakan rakaman lama.

“Bila ada di antara mereka datang Kuala Lumpur dan buat majlis hari jadi anak-anak, saya rasa tak salah untuk hadir. 

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun ambil dadah sebab nak kuruskan badan, berdepan hukuman penjara 4 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Janda Virgoun sudah temui pengganti, beri bayangan bakal nikah dalam masa terdekat

“Kejadian dalam video itu dah lama, dah beberapa tahun lepas,” luahnya.

Tambahnya lagi, dia tidak percaya isterinya, Linda Hashim tergamak menyebarkan video tersebut selain menolak dakwaan kononnya wanita itu mahu memburukkan namanya.

“Saya rasa Linda tak burukkan saya, tapi orang disekeliling yang jadi mata-mata dia, mungkin.

Video itu sebenarnya saya hadiri parti hari jadi, majlis tertutup di sebuah pusat karaoke eksklusif.

BEEGO

PELAKON

“Tapi, saya tak kisah sebab saya rasa Allah jadikan syaitan di muka bumi ini supaya kita tak nampak. Tapi, syaitan yang nyata ini pula yang merosakkan rumah tangga orang dan sebagainya," tambahnya.

Dalam pada itu, Beego turut menegaskan perubahan dirinya ke arah lebih baik bukanlah untuk menunjuk-nunjuk kepada masyarakat, sebaliknya untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

“Berpura-pura itu subjektif, pada orang yang melihat. Saya sertai mereka (tabligh) bukan untuk tunjuk kepada masyarakat dah jadi maulana. Saya cari diri saya sendiri, tebus dosa dan cari masa saya dengan Allah SWT. Bukan saya ke sana, saya tunjuk saya baik,” ujarnya.

Pada Ogos lalu, sebuah portal berita melaporkan kisah seorang artis lelaki yang pergi ke kelab malam bersama rakan-rakan termasuk wanita. 

Beego tegaskan dia tidak pergi ke kelab malam.

Laporan itu turut menyebut selebriti yang dikaitkan itu kini sedang berdepan masalah rumah tangga. 

Rata-rata netizen memetik nama Beego memandangkan kes perceraiannya dengan Linda kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah sehingga kini.

Linda memfailkan cerai terhadap Beego pada awal Januari lalu dengan alasan tiada persefahaman.

Untuk rekod, Beego dan Linda Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain