ISTERI kepada vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham iaitu Tasha Awie berkongsi khabar gembira mereka bakal menimang cahaya mata perempuan buat kali kedua.
Tasha atau nama sebenarnya Nur Natasha Awi mendedahkan jantina bayi mereka dengan cara meletupkan silinder asap berwarna merah jambu menandakan bakal hadirnya seorang lagi puteri dalam keluarga mereka.
“Ya, ianya perempuan. Bertambahlah seorang lagi drama queen atau Tasha Awie 3.0!

Anak kedua Ayie dan Tasha dijangka dilahirkan pada 20 November depan.
"Semoga berjaya daddy nak melayan tiga perempuan kali ini,” katanya.
Tasha dan Ayie berkongsi perkara itu menerusi dua hantaran video di Instagram milik mereka pada petang Selasa.
Difahamkan, bayi kedua pasangan ini dijangka dilahirkan pada 20 November 2025.
Lebih menarik, dalam video berkenaan, mereka turut memberikan bayangan nama anak kedua akan bermula dengan huruf N dan A,
ARTIKEL BERKAITAN: Hamil anak kedua lebih mencabar, isteri selalu minta urut... Mujurlah Ayie Floor88 dah ada pengalaman
ARTIKEL BERKAITAN: Ayie Floor88 rancang anak kedua, tak risau kos hidup bertambah... “Itu juga pintu rezeki”
Ia juga mengikut nama dengan nama anak sulung mereka, Nayla Amanda yang kini berusia tiga tahun.
Bukan itu sahaja, pasangan ini juga telah menyiapkan akaun Instagram khusus untuk bayi kedua mereka.
Untuk rekod, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, dan Tasha sah bergelar suami isteri pada 20 Oktober 2021.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


