suria

Perkongsian di Threads jadi perdebatan, Nabila Razali tegur netizen hati tak senang tengok kebaikan orang lain

Nabila minta netizen jangan cepat menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.

PENYANYI Nabila Razali tampil menegur sesetengah pihak yang sering bersikap kurang senang atas kebaikan orang lain. 

Bagi Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, orang ramai tidak seharus terlalu cepat menghukum mana-mana individu yang berkongsi kebaikan di sosial media. 

"Saya faham kalai orang buat jahat memang kena kecam. Tetapi kalau buat baik dan sebarkan kebaikan, masih cari alasan untuk kecam. 

Nabila tegur sikap negatif netizen di media sosial.

"Susah sangat ke nak menjadi manusia yang tengok kebaikan orang lain tanpa ada rasa sakit hati?

"Mungkin orang yang buat baik itu betul-betul ikhlas. Tetapi hati kita yang tak tenang ini rasa seperti ia menunjuk-nunjuk," katanya. 

Nabila meluahkan perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selesa. 

Sebelum itu melalui beberapa status di Threads, penyanyi ini berkongsi pendapat tentang perbuatan baik seseorang namun perkara itu mendapat banyak komen dalam kalangan netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Semak balik circle anda” - Nabila Razali terkilan dakwaan rakan pendaki tinggalkan Mustaqqeem di Gunung Liang 

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali kongsi kisah emosi dapat tonton persembahan Misha Omar sebelum bersalin, beri ‘hint’ adakah sejarah bakal berulang

Menjelaskan hal sebenar, Nabila juga menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana individu lain. 

"Saya post di Threads dan secara umum tanpa tuju kepada sesiapa. Entah kenapa orang komen yang tidak-tidak di situ. 

"Masalahnya sekarang bukan pada orang yang buat baik, tetapi pada diri sendiri. 

"Kalau terus nak cari kesalahan orang lain... teruskan. Mungkin itu cara nak buat rasa anda lebih baik," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain