suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Go to hell!“ - DJ Dave ‘pantang‘ pekerja seleweng duit kebajikan, telus kendali dana YKAT

DJ Dave sentiasa peka dengan kesusahan penggiat seni.

DEMI memastikan kebajikan penggiat seni tempatan terus terbela, penyanyi Datuk DJ Dave sanggup melakukan pelbagai usaha agar Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempunyai dana mencukupi untuk membantu golongan memerlukan.

DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah, 78, turut mendedahkan yayasan berkenaan tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sejak sembilan tahun lalu.

“Setiap tahun, kami mengadakan majlis makan malam dengan menjemput seorang tetamu kehormat. Kami akan menjual meja untuk mengumpulkan dana.

DJ Dave bersama 15 orang penerima sumbangan YKAT bersempena perayaan Deepavali.

“Ada kalanya kami berjaya menjual sehingga 80 meja, termasuk ketika mengadakan majlis di Sime Darby Convention Centre sebelum ini dengan menjemput orang kenamaan.

“Jadi, itulah antara cara kami mendapatkan dana untuk yayasan,” katanya.

Berkongsi lanjut, DJ Dave berkata YKAT memerlukan dana setiap bulan bagi membayar pencen kepada 10 penggiat seni selain menyalurkan bantuan ketika musim perayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ambil suntikan!”... DJ Dave dedah rahsia awet muda meski usia sudah 75 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: YKAT sumbang RM15,000 kepada 15 penggiat seni sempena Deepavali, hargai jasa artis veteran

Malah, demi memastikan kebajikan artis terus terpelihara, dia turut mengurangkan jumlah pekerja yang menguruskan yayasan berkenaan bagi mengawal kos operasi.

“Pemegang amanah pula tidak menerima sebarang bayaran kerana semuanya dilakukan secara pro bono.

“Alhamdulillah, sepanjang hampir 15 tahun ini, kami masih mampu menampung kos operasi dan membantu artis yang memerlukan,” ujarnya.

Mengulas mengenai bantuan kepada artis yang berdepan masalah kesihatan, DJ Dave berkata YKAT turut menyediakan bantuan kewangan tambahan sekiranya mereka dimasukkan ke hospital.

Jumlah bantuan bergantung pada kemampuan kami.

DATUK DJ DAVE

PENYANYI

Bagaimanapun, jumlah bantuan berkenaan terpaksa dikurangkan daripada RM1,000 kepada RM500 berikutan kekangan kewangan yang dihadapi yayasan itu.

Selain bantuan kecemasan, YKAT turut menyalurkan pencen bulanan sebanyak RM500 kepada 10 penggiat seni terpilih sehingga akhir hayat mereka.

“Sekurang-kurangnya, wang itu boleh digunakan untuk membeli ubat-ubatan dan meringankan beban mereka.

“Jumlah bantuan bergantung pada kemampuan kami. Kalau mendapat lebih banyak dana, sudah tentu kami boleh membantu lebih ramai artis dan memberikan bantuan yang lebih besar,” ujarnya.

DJ Dave menyerahan sumbangan kepada pelakon Khaty Azean (kanan) dan pemain keyboard kumpulan The Zurah Jasmir Margani (kiri).

Dalam pada itu, DJ Dave merayu kerajaan serta syarikat korporat yang mempunyai lebihan dana agar tampil menghulurkan sumbangan kepada YKAT bagi memastikan kebajikan penggiat seni yang memerlukan terus terbela.

Menurutnya, pihak yang ingin membantu tidak perlu bimbang mengenai ketelusan pengurusan kewangan yayasan itu kerana setiap perbelanjaan dipantau dengan teliti dan diaudit oleh firma profesional.

“Kami sangat teliti dalam menguruskan kewangan dan tidak boleh ada penyelewengan. Saya selalu berpesan, sesiapa yang menyelewengkan wang kebajikan, go to hell!.

“Ini urusan kebajikan. Jangan sesekali menyentuh atau menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Itu pendirian saya,” tegasnya.

Artikel Lain