suria

“Saya tak ambil suntikan!”… DJ Dave dedah rahsia awet muda meski usia sudah 75 tahun

DJ Dave tolak suntikan untuk kekal awet muda.

PENYANYI DJ Dave memberitahu dia mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan dirinya kekal aktif walaupun usia sudah menginjak 75 tahun.

DJ Dave atau nama sebenar Datuk Irwan Shah Abdullah berkata dia tidak pernah mengambil sebarang suntikan atau botox untuk terlihat muda sebaliknya melakukan senaman dan menjaga pemakanan.

"Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil suntikan untuk awet muda. Saya tak bohong!

330360465_981820809466167_5675059426671778065_n

DJ Dave bersama kanak-kanak di Rumah Titian Kasih.

"Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita.

"Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging dan banyak makan ikan kerana ia penting," katanya.

DJ Dave berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-75 yang diadakan di Rumah Titian Kasih, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Buang sifat buruk sangka, sebab itulah DJ Dave nampak muda pada usia 71 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza alami masalah ‘vocal chord palsy’, sukar bercakap dan leher membengkak

Penyanyi era 1970-an ini berkata dia sentiasa berpegang teguh dengan pesanan ayahnya agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.

"Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sediri.

"Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat," katanya lagi.

Sejak kecil saya dididik untuk saling membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat dan bangsa.

DJ DAVE

PENYANYI

Bercakap mengenai sambutan hari jadinya itu, DJ Dave memberitahu setiap tahun dia meraikan bersama golongan orang kurang upaya (OKU), asnaf, anak-anak yatim dan insan kurang berkemampuan.

"Tanpa mereka siapalah saya. Melihat mereka senyum dan gembira adalah kebahagiaan juga buat saya.

330396634_586063033380260_580698746949660965_n

DJ Dave sambut ulang tahun kelahiran ke 75 di Rumah Titian Kasih.

"InsyaAllah selama saya masih diberi nafas, saya bersyukur dan berdoa supaya dapat diraikan bersama mereka untuk tahun-tahun seterusnya.

"Sejak kecil saya dididik untuk saling membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat dan bangsa. Selama 51 tahun dalam industri ini saya harap tadisi ini dapat saya terus amalkan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain