suria

Hairul Azreen tak boleh teruskan penggambaran ‘The Original Gangster’, alami kecederaan serius… “Sampai masa saya berehat”

Hairul Azreen cedera semasa jalani penggambaran filem arahan Syamsul Yusof.

PELAKON Hairul Azreen memberitahu dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian lutut.

Hairul, 35, berkata kecederaannya itu mungkin menyebabkan dia perlu berehat sementara waktu daripada menjalani mana-mana penggambaran filem atau drama.

Justeru itu, dia memohon maaf kepada pihak produksi kerana menyebabkan penggambaran filem tersebut tergendala.

Hairul Azreen terima rawatan di sebuah pusat perubatan.

"Dukacita dimaklumkan saya tak dapat teruskan penggambaran The Original Gangster disebabkan ligamen (ACL) lutut kiri saya putus.

"Minta maaf kawan-kawan dan team produksi. Dah sampai masa untuk saya berehat," katanya.

Hairul berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa.

Bersama kapsyen tersebut, suami kepada pelakon Hanis Zalika itu turut memuat naik foto memperlihatkan keadaannya yang sedang menahan sakit sambil diberikan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit kisah lama tak keluar mengundi, PRU15 Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tayang jari biru

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat bergambar siap buat video, pelumba MotoGP Marc Marquez kenal Hairul Azreen pelakon popular

Menjengah ruangan komen, rakan artis dan peminat turut mendoakan agar aktor berkenaan segera sembuh.

"Kita geng! moga cepat sembuh Hairul. Lepas bedah nanti akan lebih seksa.

"Dekat atas kerusi roda pun masih sempat buat aksi! Cepat sembuh ya.

Hairul Azreen minta maaf kepada pihak produksi.

"Kalau nak suruh ganti beritahu ya, lain kali hati-hati bang," antara komen netizen.

Untuk info, The Original Gangster merupakan filem terbitan Syamsul Yusof Films dan Razor's Edge Pictures yang turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T, Soffi Jikan, Pablo Amirul dan bintang aksi Indonesia, Yayan Ruhian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain