suria

Ismail Izzani tak mahu jadi hipokrit… jawab spekulasi sudah kahwin, berhibur di kelab malam

Ismail tidak mahu hipokrit.

DIDAKWA sudah berkahwin secara diam-diam, penyanyi Ismail Izzani akhirnya mengesahkan khabar angin itu tidak benar dan sehingga kini dia masih belum memiliki teman istimewa.

Kata Ismail, 23, buat masa ini dia mahu memberikan fokus kepada kerjaya, lebih-lebih lagi usianya masih muda untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya masih single! Saya mahu fokus kepada diri sendiri.

mail izzani 1

Ismail terbuka mengakui dia pergi ke kelab malam.

"Sebagai seorang manusia mestilah kita mahu mencuba ke arah itu (bercinta) namun buat masa sekarang saya tidak mencari," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Bidadari ini juga mengakui tahun 2022 sangat mencabar buat dirinya kerana terpalit pelbagai kontroversi antaranya video berpelukan di kelab malam.

Mengulas mengenai perkara itu, Ismail berkata sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada isu panas, namun itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya meneruskan karier seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Izzani ‘cabut’ selepas persembahan SFMM37, enggan bertemu media ulas isu bercium di kelab malam

ARTIKEL BERKAITAN: Buang masa jawab kontroversi cium, Ismail Izzani akhirnya mengaku salah

"Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam). Kadang-kadang ada sebabnya... mungkin sekadar nak berhibur dan berjumpa rakan-rakan.

"Bagaimanapun ia tidaklah memberi kesan kepada kerjaya saya. Sebab saya masih bekerja dan terus ada dalam industri ini.

"Tahun 2022 memang agak mencabar. Apa yang berlaku itu adalah diri saya sendiri dan saya cuba untuk memperbaiki," jelasnya.

Kepada haters pun saya amat hargai setiap komen mereka. Saya anggap ia sebagai satu peringatan walau dengan cara yang kasar

ISMAIL IZZANI

PENYANYI/PELAKON

Tambahnya, dia enggan bersikap hipokrit namun menerima setiap kecaman dan teguran itu dengan hati terbuka.

mail izzani 2

Di sebalik semua kecaman, Isamil tidak pernah abai tanggungjawab terhadap kerjaya.

"Selagi saya tidak hipokrit, itu sudah bagus. Kalau orang nak kecam, saya hanya mampu lihat sahaja. Kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang dan buat mereka sayangkan saya.

"Kepada haters pun saya amat hargai setiap komen mereka. Saya anggap ia sebagai satu peringatan walau dengan cara yang kasar.

"Saya tahu sebagai seorang selebriti setiap kali melangkah keluar rumah sudah dikira bekerja dan ramai yang akan memerhati. Saya akan lebih berhati-hati untuk jaga diri sendiri," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain