suria

Gabungan pelakon hebat... ‘Nenek Bongkok Tiga’ bawa kelainan, adakan siri jelajah sampai ke Indonesia

PLATFORM penstriman Viu muncul dengan sebuah lagi drama bersiri fantasi seram terbaharu berjudul Nenek Bongkok Tiga yang membawa kelainan kepada para penonton.

Pengurus Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata Nenek Bongkok Tiga merupakan satu permulaan baharu untuk Viu Original sebagai pembukaan tahun 2023.

Warner memberitahu siri ini mampu menarik ramai penonton kerana menggabungkan pelakon lama dan juga baharu.

unnamed

Nenek Bongkok Tiga temui penonton bermula 9 Februari.

"Siri ini merupakan satu permulaan 2023 yang baik untuk Viu Original di Malaysia, dan ia terus mengukuhkan lagi momentum yang telah dibina selepas kami mengeluarkan lima siri daripada pelbagai genre pada tahun lepas.

"Dengan bakat-bakat baharu yang mantap dan pelakon lama yang berpengalaman bersama-sama menjayakan siri ini, Nenek Bongkok Tiga pastinya menjadi kegemaran para peminat fantasi seram!" katanya kepada mStar.

Selepas tayangan perdana yang diadakan di Kuala Lumpur, para pelakon siri ini akan membuat kemunculan mengadadakan jelajah di Kuantan, Pahang pada 10 Februari, Johor Bahru, Johor pada 17 Februari dan Jakarta, Indonesia pada 8 Mac.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat elemen permainan tradisional dalam ‘Nenek Bongkok Tiga’, penerbit perjelas bukan ‘Squid Games’ versi Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Siri seram Viu Original terbaru, HILANG akan buat penonton tak senang duduk

"Nenek Bongkok Tiga akan menjadi Viu Original Malaysia yang pertama dengan sesi jelajah, melibatkan lawatan sehingga ke Indonesia. Kami percaya siri ini mempunyai potensi di kedua-dua pasaran Malaysia dan Indonesia berikutan jumlah pengikut yang ramai dan populariti para pelakon yang membintangi siri ini di Indonesia,” ujarnya.

Drama bersiri Nenek Bongkok Tiga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar, Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.

Drama ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim, selepas kejayaan besar beliau dalam siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022.

Bukan sahaja mengambil banyak masa di rumah itu namun kalau ingin pergi ketika ini rumah berkenaan telah tiada.

DATUK YUSRY ABDUL HALIM

PENGARAH

Berkongsi pengalaman mencabar yang dilalui semasa menjalani penggambaran, Yusry memberitahu bahawa lokasi penggambaran sangat mencabar kerana banyak kerja perlu dilakukan bagi menghidupkan suasana seperti digambarkan.

"Bagi saya cabaran yang paling besar semasa menjalani penggambaran di rumah nenek. Rumah tersebut terletak di Shah Alam, bukan sahaja mengambil banyak masa di rumah itu namun kalau ingin pergi ketika ini rumah berkenaan telah tiada.

"Sebab rumah itu hanya prop dan tak wujud ketika itu. Memang banyak kerja dan tempatnya agak lusuh. Paling terasa dekat rumah itu," katanya.

327889387_5116711395098305_5300011023005578069_n

Rumah Nenek jadi cabaran buat Yusry sebagai pengarah.

Penggambaran Nenek Bongkok Tiga ini mengambil masa 10 minggu di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.

Siri ini banyak melalui proses penggambaran skrin hijau, yang dirakam di Iskandar Malaysia Studios di Johor dan beberapa set penggambaran yang dibina sendiri untuk mewujudkan gambaran luar biasa dalam dunia fantasi Nenek Bongkok Tiga.

Nenek Bongkok Tiga mengisahkan tentang penculikan lapan orang iaitu Zamir (Hun Haqeem), Adi (Meerqeen), Alis (Sara Ali), Sani (Syafie Naswip), Salim (Syazwan Zulkifly), Haikal (Ashraf Muslim), dan Malia (Sara Mack Lubis) untuk dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang.

photo1676056892

Antara babak dalam drama bersiri Nenek Bongkok Tiga.

Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek lakonan Sherie Merlis menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah.

Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran.

Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup.

Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

Nenek Bongkok Tiga ditayangkan pada setiap Khamis dengan dua episod terbaharu setiap minggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain