PELAKON Ozlynn Waty memuji keperibadian rakan artis, Elisya Sandha yang disifatkan sebagai seorang yang jujur dalam berkongsi kasih sayang.Menurut Ozlynn, 45, rakannya itu juga memiliki sifat keibuan yang sangat tinggi dan sentiasa disenangi orang sekeliling. "Dia memang sayang budak-budak dan dia sangat jujur dalam rasa sayang. Semua orang akan selesa dengan dia," katanya.Perkongsian Ozlynn di Threads. Ozlynn menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu video yang menunjukkan Elisya sedang melayan kerenah anaknya, Cherdiq ketika mereka tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen.Dalam video berkenaan, kelihatan Cherdiq turut duduk di samping anak Elisya iaitu Bunga Elhaq.ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn tak mahu jual baju-baju lama, takut jadi saham akhirat... Muhasabah diri tengok koleksi beg tangan ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn tak selesa cerita bantuan diberi kepada Azar Azmi, jaga harga diri dan maruah sahabatBerkongsi pengalaman peribadi, Ozlynn juga memberitahu Elisya seorang yang suka bersedekah dan tidak kedekut untuk membeli makanan buat kru produksi ketika penggambaran."Dia juga suka bersedekah. Saya pernah nampak rumah anak yatim beritahu yang budak-budak itu nak makan KFC dan dia belikan."Dekat lokasi penggambaran memang suka belanja kru," kongsinya.TONTON VIDEO PILIHAN!