suria

Ozlynn tak selesa cerita bantuan diberi kepada Azar Azmi, jaga harga diri dan maruah sahabat

Ozlynn (kanan) pilih simpan bantuan diberi pada Azar.

SELEPAS kisah kemuliaan hatinya membantu sahabat pelakon iaitu Azar Azmi mendapat liputan media, aktres Ozlynn tampil berkongsi cerita disebalik bantuan yang diberikan olehnya itu.

Sekadar mahu berkongsi rezeki, Ozlynn, 45, berkata bantuan itu diberikan atas rasa tanggungjawab sebagai insan yang turut pernah merasai waktu sukar.

“Saya tolong bukan atas dasar nak tunjuk kita kaya atau apa. Sebagai seorang hamba Allah yang pernah rasa kesusahan, menjadi satu tanggungjawab kita untuk membantu. 

Ozlynn (kanan) pilih simpan aib sahabat Azar (kiri).

“Bukan sebab dia Azar Azmi. Sesiapa saja kalau ada rezeki lebih pasti akan kongsi. 

“Saya dapat beribu DM dari zaman Covid-19 sampailah sekarang. Demi Allah kalau ada rezeki memang saya akan berkongsi,” katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Ozlynn memberitahu dia kurang selesa untuk memperbesarkan perkara tersebut kerana mahu Azar menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu mengimbau ujian lama yang pernah dilalui.

ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn hulur bantuan waktu sukar… Dapatlah Azar Azmi beli ayam goreng untuk anak

ARTIKEL BERKAITAN:  Azar Azmi guna duit sumbangan Aliff Syukri langsai hutang suami, bukan bayar ikat jamin seperti didakwa

“Saya sebenarnya kalau boleh tak nak cakap fasal perkara ini. 

“Saya nak dia tenang-tenang dan gembira dengan hidup dia sekarang. 

“Itu adalah ujian untuk dia. Saya mengharapkan terbaik untuk dia sebab ujian manusia itu lain-lain,” katanya. 

Kami kembali berhubung ketika saya baca mengenai kisah dia. 

OZLYNN

PELAKON

Meskipun mengetahui serba sedikit mengenai  kisah kehidupan sahabatnya itu, Ozlynn lebih selesa menyimpan rahsia dan cerita teman baiknya itu.

“Saya perlu menjaga harga diri seorang sahabat, aib, maruah dan banyak sisi sebab saya pun tak suka orang bercerita pasal saya dan saya juga tak bercerita mengenai orang. 

“Tapi bila dia bercerita, itu adalah ceritanya. Saya tak mahu cerita saya memberikan kesan. Kami kembali berhubung ketika saya baca mengenai kisah dia. 

Ozlynn merupakan individu terawal membantu.

“Ada satu ketika dia ‘lost’ terus, sehinggalah ada satu masa dia hubungi saya. Saya takkan jawab nombor tak dikenali, jadi pada awal saya tak jawab sehingga dia whatsapp beritahu nama dia dan terus saya hubungi dan buat panggilan video jadi dari situ bermulanya perkongsian,” katanya. 

Sebelum ini, Azar dalam satu podcast mendedahkan Ozylnn merupakan individu terawal yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya ketika melalui fasa sukar dalam kehidupannya. 

Azar turut menyifatkan Ozlynn seorang sahabat yang sangat memahami selain turut menghulurkan bantuan zakat yang membolehkannya membeli keperluan anak-anak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain