GELARAN Raja Rock Negara yang sering dikaitkan dengan penyanyi Datuk Amy di anggap sesuatu yang tidak perlu dibanggakan. Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 68, berkata dia lebih selesa dikenali kerana kejujuran dalam berbanding mengejar status atau pengiktirafan dalam industri seni. “Pertamanya saya ucapkan terima kasih atas gelaran diberikan tapi bagi saya tak pernah rasa macam itu (gelaran diberikan). Amy mahu terus berkarya tanpa mengharapkan gelaran.“Saya hanya buat kerja (menyanyi), selebihnya kalau orang di luar nak berikan gelaran itu terpulang kepada mereka. “Dalam industri seni saya hanya berkarya dengan penuh kejujuran. Selagi jalan itu ada, saya akan terus menyanyi,” katanya kepada mStar. Amy berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media memperkenalkan pelakon filem 5 Bomoh yang diadakan di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Awie tolak gelaran ‘Raja Rock Negara’, katanya Amy Search lebih layakARTIKEL BERKAITAN: Buang semua hantaran di Instagram, tindakan Amy Search undang tanda tanyaDalam pada itu, Amy turut berpendapat setiap anak seni mempunyai haluan dan impian tersendiri dalam membina nama dalam industri hiburan tanpa perlu bersaing untuk mendapatkan pengiktirafan atau gelaran tertentu.“Sebenarnya saya tidak pernah terfikir tentang gelaran ini sepatutnya layak diberikan kepada saya. “Dalam dunia seni ini bukan satu perlumbaan. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Saya hanya buat kerja (menyanyi), selebihnya kalau orang di luar nak berikan gelaran itu terpulang kepada mereka. DATUK AMYPENYANYI“Setiap artis ada impian dan visi dalam kerjaya. Tugas kami hanya mencorakkan perjalanan seni itu tanpa mengejar status,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Amy bakal muncul menerusi filem 5 Bomoh yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun ini.MenurutAmy, selepas sekian lama tidak berlakon, dia terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut dengan membawakan watak sebagai Bomoh Alami. Amy bakal membintangi filem 5 Bomoh.“Sebelum ini saya berlakon filem Cinta Sempurna, Fenomena dan Isabella, jadi 5 Bomoh adalah filem keempat saya. “Dulu pun berlakon sebagai cameo saja. Bila dapat tawaran ini dan cerita fasal bomoh, saya terima sajalah. Lagi pun dah lama tak berlakon,” katanya. Selain Amy, filem 5 Bomoh turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Datuk Aaron Aziz, Datuk Afdlin Shauki, Scha Alyahya, Aedy Ashraf, Ozlynn, Johan dan ramai lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!