DI SEBALIK keanggunannya sebagai Miss World Malaysia 2024/2025, Taanusiya Chetty menyimpan impian besar untuk bergelar penyanyi dan pelakon.Menurut Taanusiya, 25, minat terhadap bidang nyanyian mula bercambah sejak kecil lagi selepas sering menonton filem-filem Hollywood. "Sejak kecil lagi saya suka menonton filem Hollywood. Jadi minat menyanyi itu timbul dan saya selalu menyanyi di rumah. "Saya sedar sejak bermain piano, minat menyanyi itu semakin mendalam. Daripada situ saya menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi.Taanusiya pernah menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi."Dulu saya sangat mengagumi Ariana Grande kerana dia juga mula menyanyi di usia muda, 16 tahun," katanya kepada mStar. Taanusiya berkongsi perkara itu ketika ditemui di Karnival Cemara Seni 2026 yang diadakan di Selangor Fruit Valley, Rawang, Selangor pada Ahad. Dalam pada itu, Taanusiya memberitahu dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 2026 yang akan berlangsung di Vietnam pada Ogos depan.Kata Taanusiya lagi, selepas tamat pertandingan itu dia tidak menolak sekiranya diberikan tawaran untuk berlakon.ARTIKEL BERKAITAN: Enggan pakai bikini, penganjur Miss World akur permintaan Priyanka ChopraARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka jodoh! Nick Jonas tonton Priyanka Chopra menang Miss World semasa usia 7 tahun"Saya juga ada niat untuk menjadi seorang pelakon. Selepas tamat pertandingan Miss World nanti, saya tidak menolak untuk cuba mencari peluang berlakon."Buat masa ini biarlah saya tumpukan perhatian pada persediaan untuk bertanding di Miss World 2026 nanti,” ujarnya.Sementara itu, Taanusiya mendedahkan dia pernah menyertai uji bakat nyanyian ketika berusia 16 tahun.Walaupun gagal dalam sesi berkenaan, pengalaman itu membuka pintu rezeki lain apabila dia ditawarkan untuk menceburi dunia fesyen sebagai model."Saya menyertai uji bakat menyanyi tetapi tidak berjaya. Namun sehari selepas itu, saya menerima panggilan daripada juri yang memberi tawaran ke industri fesyen sebagai model. Taanusiya bakal mewakili Malaysia ke Miss World 2026 pada Ogos depan."Saya dapat mewakili Malaysia sejak umur 16 tahun lagi tetapi waktu itu pertandingan ratu cantik tersebut tidaklah terlalu besar. Lebih-lebih lagi saya menyertai kategori remaja. "Sejak itu saya mendapat keyakinan walaupun masih bergelar seorang pelajar,” katanya.Untuk rekod, Taanusiya Chetty dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2024/2025 pada Disember 2024. Kemenangan itu sekali gus melayakkan Taanusiya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 2026.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!