PENYANYI Zarul Umbrella menegur tindakan segelintir kru kabin yang mendedahkan identiti artis yang konon didakwa bersikap sombong ketika berada dalam penerbangan.Zarul atau Zairulkefli Husin, 53, yang juga bekas kru penerbangan berkata perbuatan tersebut dianggap tidak wajar kerana melibatkan privasi pelanggan selain bertentangan dengan etika kerja seorang kru kabin. “Kalau ikutkan memang salah. Itu hak peribadi penumpang. Kalau pelanggan buat aduan, memang boleh dipersoalkan kenapa nama mereka didedahkan.Zarul merupakan bekas pramugari.“Ambil gambar penumpang pun sebenarnya tak boleh sesuka hati. Kalau kami nak bergambar dengan artis pun kena minta izin terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.Zarul berkata demikian ketika diminta mengulas trend segelintir pramugara dan pramugari yang berkongsi pengalaman bertemu artis kurang mesra sepanjang penerbangan.Menurutnya, semua penumpang perlu dilayan sama rata tanpa mengira status mereka sebagai selebriti atau individu biasa.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada masalah peribadi, Zarul Umbrella jawab punca rakan podcast undur diriARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu poligami, Zarul Umbrella pun kena tempias gara-gara watak dalam drama... Mujur isteri faham cuma lakonan“Kalau ikut etika cabin crew, tak boleh namakan artis tersebut. Artis atau bukan tetap pelanggan dan perlu dilayan sama.“Kalau dia tak senyum atau tak mahu bercakap, itu hak dia. Tak perlulah nak label atau mengungkit perkara itu di media sosial,” ujarnya.Dalam pada itu, Zarul turut memahami situasi segelintir artis yang memilih untuk tidak melayan teguran ketika berada di tempat awam.Zarul kerap berkongsi kisah kabin kru.Katanya, ada antara mereka mungkin berada dalam keadaan letih atau tidak bersedia untuk berinteraksi dengan orang ramai.“Saya faham sebab dulu masa jadi cabin crew, saya juga seorang artis. Ada masanya artis memang tak mahu diganggu.“Kadang-kadang mereka masuk kapal terbang dengan wajah pucat atau penat, jadi orang mungkin tak perasan pun itu artis,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!