LAMA menyepi, pelakon dan penyanyi Zally Hussain mengakui sudah hampir sedekad meninggalkan dunia seni kerana memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang perniagaan.Menurut Zally, 50, keputusan itu dibuat selepas dia melihat masa depan industri hiburan yang disifatkan tidak menentu selain mahu mempunyai sumber pendapatan lebih stabil. “Kira-kira 10 tahun juga saya menyepi. Ada orang panggil berlakon tapi saya tak mahu. Sekarang saya fokus pada perniagaan kecil-kecilan.Zally seronok mencari rezeki dengan berniaga.“Saya keluar awal daripada industri sebab sudah nampak masa depan. Waktu orang masih mahukan kita, kita sendiri yang tarik diri.“Pada awalnya mungkin nampak macam merajuk, tapi sebenarnya saya sudah dapat baca keadaan. Di Malaysia ini, pelakon cepat naik dan cepat juga tenggelam. Kalau tak ada ‘back up’, memang susah,” katanya.Tambahnya, dia kini menguruskan dua syarikat selain turut melakukan beberapa kerja di belakang tabir termasuk kontrak dan perniagaan makanan.ARTIKEL BERKAITAN: Razali Hussain Sahkan Nikah Guru Jumaat LaluARTIKEL BERKAITAN: Sudah Puas Berubat, Benarkah Razali Hussain Disantau?“Saya ada dua syarikat. Pada masa sama saya buat kerja belakang tabir, kontrak dan kedai makan kecil-kecilan,” ujarnya.Dalam pada itu, Zally bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dia menjauhkan diri daripada dunia seni kerana terkena buatan orang.Namun, dia mengakui pernah mengalami perubahan kesihatan dan emosi secara mendadak sehingga hilang semangat untuk aktif dalam industri hiburan.Zally selesa dengan kehidupan sekarang.“Macam tak ada semangat. Nak buat apa pun rasa tak ada mood. Tiba-tiba kesihatan merosot begitu saja.“Selepas itu saya rasa macam tak mahu masuk industri sangat. Lama juga saya berubat. Selepas beberapa bulan baru rasa okey semula.“Macam-macam benda keluar, tapi wallahualam. Orang yang berubat itu ada cakap ia berkaitan perempuan, tapi saya tak mahu ulas lebih lanjut,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!